Pasar mini jual minyak masak botol subsidi lebih mahal

TELUK INTAN – Tindakan sebuah pasar mini menjual minyak masak subsidi pada harga lebih tinggi berbanding pasaran terbongkar apabila premis tersebut diserbu sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan pada jam 2.30 petang itu dibuat susulan aduan orang awam dan pemeriksaan yang dilakukan anggota penguat kuasa ke atas premis berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan mendapati beberapa minyak masak botol berjenama satu kilogram (1kg) dijual dengan harga antara RM7.40 hingga RM7.50 manakala minyak masak botol lima kilogram (5kg) pula dijual antara RM31 ke RM31.70.

“Harga yang ditawarkan ini adalah melebihi harga maksimum runcit untuk minyak masak tulen kemasan botol yang ditentukan oleh Pengawal di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penentuan Harga Maksimum) 2023 iaitu RM6.90 bagi botol 1kg dan RM30.90 botol untuk 5kg,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, hasil semakan di premis berkenaan turut menemui 126 unit minyak masak botol 5kg dan 37 unit minyak minyak masak botol 1kg disyaki telah dijual oleh pemilik perniagaan melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Sehubungan itu, sebanyak 667kg minyak masak botol telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM4,148.70,” ujarnya.

Justeru, Kamalludin berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Letak syarat jual minyak masak peket undang padah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI