Pemandu cedera, lori muatan kayu getah jatuh gaung

GERIK –  Seorang pemandu lori cedera selepas lori tiga tan muatan kayu getah yang dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di Jalan Gerik – Kupang berhampiran perkampungan Orang Asli di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.53 petang.

Menurutnya, sepasukan 11 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi sejauh 23 kilometer.

“Setibanya jentera dilokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan Mitsubishi Canter membawa muatan kayu getah dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung.

“Kita turut menemui mangsa, lelaki berusia 60 tahun yang telah keluar daripada kenderaan tersebut dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Tindakan ketua operasi membuat pemeriksaan (size-up) dan mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) seterusnya mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan dan memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Anggota kemudiannya menggunakan pengusung untuk membawa mangsa ke atas dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Beliau berkata, operasi terkawal sekitar jam 2.31 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 3.20 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu, kelindan cedera, lori muatan pasir terbabas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI