Institut Madina bakal ubah landskap pendidikan di Perak

IPOH – Hasrat Institut Madina yang berpusat di Cape Town, Afrika Selatan membuka hub pengajian Islam di Perak dijangka mengubah landskap pendidikan di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia juga dilihat mampu menjadi platform yang menghubungkan negara-negara Islam seluruh dunia.

Saarani dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada Isnin memaklumkan beliau telah dijemput menghadiri Majlis Konvokesyen Institut Madina..

Beliau turut diberi peluang menyampaikan ucaptama di atas kapasiti sebagai seorang pemimpin dari sebuah Negara Islam yang dihormati iaitu Malaysia.

“Saya menegaskan kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan pengajian bahawa tanggungjawab besar sebagai seorang graduan Muslim, bukan sahaja penggunaan ilmu yang dipelajari malah sentiasa memikirkan peranan dalam pembangunan dan penyatuan ummah di seluruh dunia.

“Saya juga melihat hasrat Madina Institute untuk membuka hub pengajian Islam di Negeri Perak sebagai satu penghormatan akan kekuatan negara kita sebagai sebuah negara Islam yang dihormati,” katanya.

Katanya lagi, Datuk Bandar Cape Town, Geordin Hill-Lewis yang turut hadir ke majlis berkenaan secara rasmi telah mengumumkan serta mengiktiraf Institut Madina sebagai sebuah organisasi pendidikan tinggi yang berprestij.

Foto, PEJABAT MB PERAK.

Malah institusi pengajian tersebut turut dikatakan memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan berkualiti di Cape Town.

“Saya juga telah menyaksikan penyerahan sumbangan oleh Datuk Bandar Cape Town berjumlah R100,000 kepada Madina Insitute sebagai simbol sokongan kepada jasa dan peranan institusi tersebut,” katanya.

Terdahulu MG Perak melaporkan Kerajaan Negeri Perak amat mengalu-alukan komuniti perniagaan dan perusahaan di Cape Town, Afrika Selatan untuk meneroka sebarang peluang kerjasama strategik dan pelaburan di negeri ini.

Saarani yang berada dalam lawatan kerja di Cape Town bermula 12 hingga 20 Januari itu berkata, ahli perniagaan dan penggiat industri di bandar raya tersebut turut menunjukkan minat selepas beliau mengadakan perkongsian mengenai projek yang sedang dibangunkan di Perak.

Saarani pada Disember 2024 mengumumkan sebuah universiti milik Institut Madina berpusat di Cape Town, Afrika Selatan bakal dibina di Seri Iskandar, Parit.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju menerima tawaran pembukaan Universiti Madina oleh institut pengajian antarabangsa tersebut.

Menurut Saarani, tawaran pembukaan universiti tersebut telah dikemukakan oleh pengasas Institut Madina, Shaykh Muhammad Yahya Al Ninowy pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024, Julai lalu. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Universiti Madina bakal di buka di Seri Iskandar, Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI