Lombong bitcoin: 60 pemilik premis berdepan tuntutan RM1.2 juta

IPOH – Lebih 60 pemilik premis di Gopeng dan Beruas menjadi mangsa tuntutan kerugian Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mencecah sehingga jutaan ringgit ekoran penyewa yang menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin melalui pendawaian secara haram.

Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing berkata, selain tuntutan kerugian, ada antara pemilik premis perniagaan dan kediaman berkenaan sedang berhadapan dengan tindakan saman serta mahkamah.

Katanya, jumlah tuntutan yang sedang dihadapi setiap seorang daripada mereka dianggarkan bernilai antara RM30,000 sehingga RM1.2 juta sedangkan kesalahan dilakukan penyewa.

aktiviti perlombongan bitcoin haram pemilik premis mangsa kar hing gopeng perniagaan kediaman
Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing pada sidang media berhubung mangsa-mangsa aktiviti bitcoin membabitkan jumlah tuntutan bernilai jutaan ringgit di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Gopeng, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 JANUARI 2025.

“Akta Bekalan Elektrik 1990 menggariskan bahawa tindakan diambil TNB adalah berdasarkan kepada kes yang seperti meter elektrik telah diganggu.

“Namun, undang-undang sedia ada tidak mewajibkan TNB untuk membuktikan bahawa pengguna berdaftar adalah individu yang melakukan perbuatan tersebut.

“Oleh itu, hal Ini membuka ruang kepada penyalahgunaan dan akan menyebabkan pemilik premis yang tidak bersalah terpaksa menanggung kerugian besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Gopeng di Bandar Cyber dekat sini, pada Rabu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka, Jason Ng Thien Yeong serta ADUN Simpang Pulai, Wong Chai Yi.

aktiviti perlombongan bitcoin haram pemilik premis mangsa kar hing gopeng perniagaan kediaman
Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing ketika (tiga, kanan) sidang media berhubung mangsa-mangsa aktiviti bitcoin membabitkan jumlah tuntutan bernilai jutaan ringgit di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Gopeng, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 JANUARI 2025.

Menurut Kar Hing, selain akaun pemilik yang dimanipulasi, kelemahan undang-undang sedia ada juga telah menyebabkan ada kes perlombongan bitcoin haram yang melibatkan nama penyewa sama di beberapa premis berlainan.

Kata beliau, malah pihaknya turut menerima aduan berkenaan kes penyewa yang dengan sengaja menyambung elektrik secara haram tanpa sebarang akaun TNB, dan akhirnya mengakibatkan pemilik premis menanggung risiko tuntutan.

“Kami juga mendapat empat aduan melibatkan penyewa menggunakan identiti palsu yang membuka akaun TNB dan perjanjian sewa tanpa pengetahuan pemilik rumah.

“Pemilik premis hanya mengetahui perkara itu selepas menerima tuntutan daripada TNB dan mereka terpaksa membelanjakan puluhan hingga ratusan ribu ringgit untuk mempertahankan diri di mahkamah,” katanya lagi.

Justeru Kar Hing menggesa agar Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air serta
Suruhanjaya Tenaga untuk mengambil tindakan perlu dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Kata beliau, ia termasuk pindaan Akta Bekalan Elektrik 1990 bagi memastikan tanggungjawab bersama antara pemilik premis dan penyewa terhadap penggunaan elektrik, di samping dapat melindungi pemilik daripada sebarang jenayah dilakukan penyewa.

Beliau berkata, perkara isu berkenaan juga akan dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada awal Februari depan.

“Saya mencadangkan agar TNB dan pihak berkenaan dapat melaksanakan polisi ‘Know Your Customer’ (KYC) atau kenal pasti pelanggan bagi mencegah penyalahgunaan identiti.

“Selain itu saya juga mengusulkan agar organisasi itu dapat Mewujudkan Pangkalan Data Penyewaan Pusat untuk merekod serta memantau tingkah laku penyewa berisiko tinggi,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis lupus peralatan Bitcoin nilai hampir RM2 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI