Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan sebarang lesen memandu kepada mana-mana individu yang disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu tidak boleh dipukul rata kerana sebahagian besar golongan berkenaan boleh memandu atau menunggang kenderaan dengan baik. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak