Pekerja kilang cedera tangan tersepit mesin penghancur gula batu

IPOH – Pekerja lelaki warga Myanmar cedera selepas tangan kanannya tersepit dalam mesin penghancur gula batu, di sebuah kilang memproses kopi, di Jalan Jelapang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada  jam 8.08 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi didapati seorang lelaki warga Myanmar berusia 21 tahun telah tersepit tangan kanan pada mesin crusher (penghancur) gula batu.

“Ketua operasi melaksanakan pemeriksaan seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa kemudiannya dibawa oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, operasi terkawal pada jam jam 8.40 pagi dan tamat sepenuhnya jam 9.42 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak dua tahun tersepit tangan dalam mesin permainan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI