APM turut bantu lakukan pembaikan kecil kenderaan

BAGAN DATUK – Sepanjang Op Prihatin Fasa 1 sempena perayaan Tahun Baharu Cina, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bagan Datuk melakukan rondaan dan pemantauan di lokasi tumpuan orang ramai.

Pegawai APM Daerah Bagan Datuk, Kapten (PA) Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, rondaan tersebut turut meliputi dari pusat kawalan menuju ke laluan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di sekitar daerah ini.

“Anggota kita akan melakukan rondaan di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Dataran Bagan Datuk, pasar raya dan lokasi yang berkaitan.

“Seramai empat anggota yang akan melakukan rondaan pada satu syif dan ia melibatkan tiga syif sehari dengan 12 anggota secara keseluruhan,“ katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, anggota yang bertugas juga akan membantu melihat keperluan sekiranya terdapat orang awam yang menghadapi masalah ketika berada di atas jalan raya selain memberi bantuan awal jika terdapat kemalangan berlaku.

“Skop perkhidmatan APM termasuklah membantu sewaktu berlakunya kemalangan jalan raya dan mengalihkan halangan di atas jalan.

“Selain itu, kita juga melakukan pembaikan kecil kenderaan sekiranya berlaku kerosakan atau kehabisan minyak anggota akan bantu belikan minyak.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya membuat pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan dan berhati-hati semasa memandu,“ ujarnya.

Sebelum ini APM mengumumkan pelaksanaan Op Prihatin ketika musim perayaan Tahun baru Cina dan Aidilfitri bagi tahun 2025.

Penugasan Op Prihatin akan diadakan dengan dua fasa iaitu Fasa 1 bermula pada 25 Januari sehingga 2 Februari 2025 sempena perayaan Tahun Baru Cina dan Fasa 2 akan bermula pada 29 Mac sehingga 6 April 2025 sempena perayaan Aidilfitri. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

APM selamatkan kucing terperangkap di tiang jeti

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI