Satu Abad Legasi Kicap Hup Teck

Legasi kicap Hup Teck yang diusahakan secara tradisional lebih satu abad lalu di Kampung Rawa Baru kini akhirnya ‘melabuhkan tirai’.

Kilang pembuatan kicap yang beroperasi sejak tahun 1914 diasaskan oleh bapanya, Low Kong, seorang imigran dari Guangzhou, China.

Pak Tong adalah generasi kedua meneruskan legasi perniagaan itu selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 1983. Tidak meneruskan operasi kilang atas faktor usia dan kesihatan, selepas tiada pewaris yang mahu untuk menyambung perniagaan warisan selama 111 tahun itu.

Bagaimanapun, Pak Tong sedia membuat stok kicap terakhir sebanyak 150 botol bagi memenuhi permintaan pelanggan setianya yang sudah membuat tempahan.

Kacang soya yang diproses di dalam tempayan untuk dijadikan kicap ketika tinjauan MG Perak di Kampung Rawa Baru, Gopeng, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2025.
Proses penapaian pembuatan kicap di Kilang Kicap Hup Teck mengambil masa 3 bulan untuk penghasilan sebelum boleh dijual kepada pelanggan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2025.
Kilang Kicap Hup Teck di Kampung Rawa Baru, Gopeng. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2025.
Pengusaha Kilang Kicap Hup Teck, Low Pak Tong, 72, menyediakan 150 botol kicap terakhir yang sedia dijual kepada pelanggan setia ketika tinjauan MG Perak di Kampung Rawa Baru, Gopeng, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2025.
Senarai harga yang dipaparkan di Kilang Kicap Hup Teck, Kampung Rawa Baru, Gopeng, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2025.
Antara 150 botol kicap yang dihasilkan Kilang Kicap Hup Teck ketika tinjauan MG Perak di Kampung Rawa Baru, Gopeng, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2025.
Pengusaha Kilang Kicap Hup Teck, Low Pak Tong, 72 (kanan) menjual bekalan kicap terakhir kepada pelanggan setianya ketika tinjauan MG Perak di Kampung Rawa Baru, Gopeng, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2025.
Pengusaha Kilang Kicap Hup Teck, Low Pak Tong, 72, menunjukkan artikel yang menceritakan kejayaan peniagaan beliau ketika tinjauan MG Perak di Kampung Rawa Baru, Gopeng, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2025.
Pelanggan tidak melepaskan peluang membeli bekalan botol kicap yang dihasilkan Kilang Kicap Hup Teck buat kali terakhir ketika tinjauan MG Perak di Kampung Rawa Baru, Gopeng, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI