ATV Ride Kampung Bukit Chupak bantu perkasa ekonomi penduduk

PARIT – Eko Pelancongan Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) ATV Ride yang dilaksanakan di Kampung Bukit Chupak di sini secara tidak langsung dapat memperkasa pembangunan ekonomi setempat.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata,  program tersebut membantu mempromosikan beberapa kampung dalam kawasan jajahan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bukit Cupak

Menurutnya, program itu juga membantu masyarakat khususnya warga kampung terlibat untuk mereka mencari ruang dan peluang berkaitan dengan ekonomi serta aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.

ATV Ride Kampung Bukit Chupak bantu perkasa ekonomi penduduk
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah mencuba permainan memanah ketika membawa kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) mengelilingi Kampung Bukit Chupak, Parit, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2025.

“Saya berharap program ini akan mendapat sambutan yang cukup baik dalam kalangan masyarakat dan boleh menjadi salah satu daya tarikan khususnya bagi orang luar untuk datang ke kawasan Parlimen Parit ini.

“Pada masa sama, saya meminta JPKK lain yang mungkin masih belum menerima waran peruntukan untuk program ini bolehlah merancang, memikirkan apa bentuk kaedah yang sesuai khususnya dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan SejaTi MADANI,” katanya.

ATV Ride Kampung Bukit Chupak bantu perkasa ekonomi penduduk
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah tidak melepaskan peluang membawa kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) pada Majlis Perasmian Eko Pelancongan Sejati Madani ‘ATV Ride’ di Kampung Bukit Chupak, Parit, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2025.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Eko Pelancongan SejaTi MADANI ATV Ride di Kampung Bukit Chupak di sini petang tadi.

Dalam masa sama, Khairudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja berharap pada tahun ini peruntukan yang sama boleh disalurkan kepada organisasi ataupun badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

ATV Ride Kampung Bukit Chupak bantu perkasa ekonomi penduduk
Orang ramai tidak melepaskan peluang membawa kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) secara percuma pada Majlis Perasmian Eko Pelancongan Sejati Madani ‘ATV Ride’ di Kampung Bukit Chupak, Parit, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2025.

“Matlamat kita untuk membantu belia, masyarakat ataupun pertubuhan yang berkemampuan untuk melaksanakan program SejaTi MADANI.

“Program SejaTi MADANI adalah satu program yang cukup baik selain daripada membantu masyarakat untuk berorganisasi dan merancang, mereka juga boleh memikirkan apa kekuatan yang ada di kampung masing-masing.

“Selain itu, mereka boleh memberi input, maklumat dan yang pentingnya adalah untuk menambah pendapatan khususnya dalam kalangan masyarakat yang berada di kawasan berkenaan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Murid dipukul guru: JPN lengkapkan laporan penuh siasatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI