PARIT – Eko Pelancongan Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) ATV Ride yang dilaksanakan di Kampung Bukit Chupak di sini secara tidak langsung dapat memperkasa pembangunan ekonomi setempat.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, menerusi program ini ia membantu mempromosikan beberapa kampung yang berada dalam kawasan jajahan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bukit Cupak. – MGPerak