Mayat lelaki ditemui dalam tangki simpanan air

LUMUT – Seorang lelaki ditemui dalam keadaan telungkup dan tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air di sebuah pelantar di Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner, Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada orang awam berhubung penemuan mangsa sekitar jam 3.15 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Polis Pangkor telah ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat tersebut bagi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Siasatan awal di lokasi menemui seorang lelaki dalam keadaan telungkup dan tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.

“Pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini boleh salurkan ke Balai Polis Pangkor atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung (IPD) Manjung di talian 05-688 6222 atau hotline Whatsapp 014-682 8005.

Artikel Berkaitan:

Mayat lelaki warga emas ditemukan di pantai Pulau Pangkor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI