TLDM, TNI-AL kawal keselamatan maritim menerusi Op Patkor Malindo

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) berkerjasama bagi memastikan keselamatan serta keamanan pengguna maritim di sepanjang perairan kedua-dua negara menerusi Operasi Patroli Terkordinasi Malaysia-Indonesia (Op Patkor Malindo) 167/25.

Operasi yang berlangsung dari 19 Februari sehingga 1 Mac depan ini turut bertujuan untuk meningkatkan kesalingoperasian dalam menghadapi ancaman maritim.

Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Ahmad Sapuan Fathi Muhammad berkata, agi edisi kali ini, TLDM mengatur gerak KD Laksamana Muhammad Amin dan KD Jerai manakala TNI-AL mengoperasikan KRI Lepu dan KRI Karotang.

Menurutnya, keempat-empat aset ini akan menjalankan latihan meliputi rondaan maritim, perkongsian risikan serta koordinasi menangani ancaman seperti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah rentas sempadan.

“Selat Melaka merupakan salah satu laluan maritim terpenting dunia, menghubungkan Laut China Selatan dan Lautan Hindi serta menyumbang lebih 25 peratus dagangan maritim dunia dan menjadi laluan lebih 150,000 kapal setiap tahun.

“Kehadiran aset TLDM dan TNI-AL dalam rondaan bersama memberi impak positif terhadap keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

“Pelaksanaan operasi ini membuktikan kerjasama erat antara TLDM dan TNI-AL dalam memastikan keselamatan serta keamanan pengguna maritim di sepanjang perairan Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan majlis pembukaan di Dewan Tun Rahah, Markas Wilayah Laut 3 di Langkawi, Kedah pada Selasa.

Hadir sama, Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin Abu Bakar dan Komandan Gugus Keamanan Laut (DANGUSKAMLA), Laksamana Pertama TNI Anung Sutanto, S.Sos, M.Si.M.Han.

Ucapan perasmian oleh TImbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Ahmad Sapuan Fathi Muhammad pada majlis pembukaan di Dewan Tun Rahah, Markas Wilayah Laut 3 di Langkawi, Kedah pada Selasa. Foto ihsan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut

Beliau berkata, operasi ini akan berlangsung dalam beberapa fasa, termasuk perancangan staf, pelayaran bersama, latihan di laut dan sesi penilaian keberkesanan prosedur operasi.

“Ia juga akan memberikan peluang kepada anggota dari kedua-dua negara untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam mengendalikan operasi maritim.

“Pelaksanaan Op Patkor Malindo 167/25 bukan sahaja mengukuhkan hubungan pertahanan TLDM dan TNI AL, tetapi juga membuktikan komitmen kedua-dua negara dalam memastikan kestabilan dan keselamatan maritim di perairan strategik yang dikongsi bersama,“ ujarnya.

Sepanjang tahun 2024, operasi tersebut telah mencapai kejayaan dalam pengesanan dan pemeriksaan aktiviti di perairan Selat Melaka dengan TLDM merekodkan 1,747 pengesanan manakala TNI-AL merekodkan 490 pengesanan.

Dari segi pemeriksaan, TLDM menjalankan 131 pemeriksaan ke atas bot nelayan tempatan dan asing, sementara TNI-AL melaksanakan 153 pemeriksaan.

Walaupun tiada tangkapan direkodkan, pemantauan dan pemeriksaan ketat telah memberikan impak positif dalam memastikan keselamatan perairan ini.

Dengan kerjasama yang berterusan, operasi ini menjadi bukti keupayaan dan kesediaan angkatan laut kedua-dua negara dalam menghadapi cabaran. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Eksesais La Perouse 2025 perkukuh kerjasama maritim Malaysia, Perancis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI