Peniaga, pekerja warga asing dilarang berniaga bazar Ramadan

IPOH – Kerajaan Perak akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga tempatan yang mengambil pekerja asing bekerja serta menyewakan tapak kepada peniaga warga asing untuk berniaga di tapak bazar Ramadan di sekitar negeri ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan membatalkan lesen serta menyenarai hitam peniaga tempatan jika didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

Menurutnya, sepatutnya pemohon lesen bazar Ramadan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sepertimana dimaklumkan dalam taklimat diberikan PBT.

“Memang kita mengamalkan peraturan yang sama dan bukan sahaja fokus (warga asing) yang tidak dibenarkan mohon operasi di bazar Ramadan termasuk pekerja (warga asing) juga kita tidak benarkan.

“Kalau didapati menyalahi peraturan yang ada, kita akan untuk kaji semula kalau ada keperluan untuk senarai hitam pemohon pemegang lesen sebab tidak mematuhi peraturan.

“Tapi kalau kita buat tawaran untuk gerai-gerai dan bazar Ramadan ada taklimat yang akan diberikan kepada pemohon supaya mereka faham tanggungjawab yang diberikan.

“Ini termasuklah tidak boleh bagi lesen kepada pihak luar khususnya kepada warga asing  yang secara jelas tidak dibenarkan.

“Jadi kalau ada kesalahan dari segi undang-undang, kita akan membatalkan lesen dan ambil tindakan susulan seperti senarai hitam pemohon tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke beberapa premis hotel yang telah melaksanakan Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) di Ipoh, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan Setiausaha Bandaraya, Ahmad Munir Ishak.

Sebelum ini media melaporkan, beberapa negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan dan Kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga tempatan di bazar Ramadan sekiranya didapati menyewakan atau ‘menjual’ tapak jualan mereka kepada peniaga warga asing. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Peniaga jual lesen bazar Ramadan akan disenarai hitam – Exco

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI