Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meluahkan rasa sedih di atas pemergian rakan baiknya Allahyarham Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung, semalam.
Menurutnya, kali terakhir beliau bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning itu pada Jumaat lalu semasa mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk). – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak