Perak harap projek KIGIP siap menjelang 2028

TAIPING – Kerajaan Perak meminta agar projek Pembangunan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) dapat segera disiapkan menjelang tahun 2028.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini kerja-kerja melibatkan proses pembersihan tanah di kawasan seluas 404.6 hektar sedang giat dijalankan termasuk melibatkan kerjasama Gamuda Bhd (Gamuda).

Projek KIGIP Perak 2028 Saarani kerajaan perak Taman Perindustrian Hijau Kerian KIGIP Perak Pelaburan industri Perak Gamuda KIGIP Pembangunan ekonomi Perak Pemindahan air Sungai Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meninjau Kilang Green Excel Manufacturing Sdn Bhd di Taiping, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 MAC 2025.

“Sebelum ini difahamkan ada sedikit masalah kerana ada keperluan untuk menambak kawasan berpaya pada sebahagian kawasan pembangunan itu.

“Saya juga diberitahu bahawa ada kolaborasi bersama Gamuda kerana syarikat itu ada kepakaran dalam menyelesaikan masalah keadaan muka bumi berpaya seperti yang pernah dilakukan di Belanda.

“Oleh sebab itu, kita berharap isu pada kawasan berpaya itu dapat segera diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Kilang Green Excel Manufacturing Sdn. Bhd. (GEM) di Kawasan Perindustrian Kamunting 3, Kamunting Raya, dekat sini, pada Sabtu.

Projek KIGIP Perak 2028 Saarani kerajaan perak Taman Perindustrian Hijau Kerian KIGIP Perak Pelaburan industri Perak Gamuda KIGIP Pembangunan ekonomi Perak Pemindahan air Sungai Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kiri) ketika gimik perasmian Kilang Green Excel Manufacturing Sdn Bhd di Taiping, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 MAC 2025.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengurusan Pelaburan Perak (InvestPerak), Mohamad Hashim Abdul Ghani, serta Pengarah GEM, Yip Pek San.

Dalam pada itu Saarani berkata, pihaknya juga berharap agar projek pemindahan air mentah dari Sungai Perak ke Bukit Merah dapat segera dilaksanakan sebagai menyokong keperluan termasuk di KIGIP.

“Kita difahamkan KIGIP yang dilaksanakan SD Guthrie Bhd (SD Guthrie) akan siap dibuka untuk kemasukan para pelabur pada tahun 2029.

“Pada masa sama, projek pemindahan air Sungai Perak juga kita harap dapat dipercepatkan kerana ia untuk keperluan bagi pengairan pertanian, projek air terawat ke Pulau Pinang serta KIGIP,” jelas beliau.

Untuk rekod, kerajaan negeri berperanan sebagai pemudah cara kepada projek industri antara yang terbesar di negara itu.

Majlis Pecah Tanah KIGIP di Simpang Lima, di Kerian telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos tahun lalu.

Pada awal Februari, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Gamuda dilaporkan menandatangani perjanjian pengaturan eksklusif dengan matlamat membangunkan infrastruktur bagi menangani masalah kekurangan air yang kritikal di utara Perak.

Projek KIGIP Perak 2028 Saarani kerajaan perak Taman Perindustrian Hijau Kerian KIGIP Perak Pelaburan industri Perak Gamuda KIGIP Pembangunan ekonomi Perak Pemindahan air Sungai Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pengarah Pusat Latihan Teknologi Lanjutan (ADTEC), Zulkifle Omar dengan Pengarah Green Excel Manufacturing Sdn Bhd, Yip Pek San di Majlis Perasmian Kilang Green Excel Manufacturing Sdn Bhd di Taiping, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 MAC 2025.

Dalam perkembangan berasingan Saarani memberitahu, kilang GEM yang menghasilkan produk panel dinding, siling, pintu, dan tingkap untuk industri itu telah membuka 20 peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Kata beliau, satu persefahaman telah dimeterai antara GEM dengan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping bagi pusat latihan itu membekalkan tenaga sumber manusia kepada kilang berkenaan pada masa hadapan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KIGIP bukti syarikat Bumiputera mampu laksana projek teknologi hijau mega

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI