PM ‘diserbu’ pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Kamunting

TAIPING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi walkabout ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini petang ini.

Turut mengiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Beliau tiba di bazar Ramadan itu sekitar jam 6 petang dan dilihat keluar kira-kira 20 minit kemudian.

Perdana Menteri hadir bagi meninjau gerai jualan di bazar berkenaan.

PM 'diserbu' pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Kamunting
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung di Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, Taiping, pada Jumaat.
Foto : Aniq Nabilafiq Anuar

Pada masa sama, Anwar sempat beramah mesra dengan pengunjung yang hadir ke bazar Ramadan itu untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang bersalaman, mengambil gambar serta berswafoto bersama Perdana Menteri.

Terdapat 172 gerai di bazar Ramadan yang terletak di bawah seliaan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) itu.

Usai melawat bazar Ramadan tersebut beliau bergerak ke Program SejaTi MADANI di Kampung Tebuk Haji Dollah, Selinsing.

PM 'diserbu' pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Kamunting
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung di Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, Taiping, pada Jumaat.
Foto : Aniq Nabilafiq Anuar

Seterusnya, Ahli Parlimen Tambun itu menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Dato’ Alauddin, Selinsing.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin berkata, sempena lawatan tersebut, seramai 800 pengunjung terawal menikmati e-dompet percuma bernilai RM20.

Menurutnya, e-dompet percuma itu boleh digunakan pengunjung untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan berkenaan.

Katanya, sebanyak 10 lokasi Bazar Ramadan Rahmah diwujudkan di sekitar negeri ini bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak, Permaisuri berkenan lawat bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI