Lelaki orang Asli dikhuatiri lemas ketika memukat ikan

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki orang Asli dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti memukat ikan di Kampung Kuala Chenein Lasah, semalam.

Mangsa, Amran Ahin, 43, dipercayai dilihat kali terakhir oleh adiknya dalam keadaan terkapai-kapai dibawa arus deras sungai sewaktu mereka menjalankan aktiviti tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 9.34 malam dan mereka tiba di lokasi pada jam 10.35 malam.

Menurutnya, operasi mencari mangsa telah dilakukan di kawasan tebing sungai namun tiada tanda-tanda mangsa dijumpai dan disambung semula pada pagi ini.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan pada jam 8 pagi ini melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dibantu BBP Kuala Kangsar dan Ipoh, polis serta orang awam.

“Ia dimulakan dengan sesi taklimat kepada semua anggota termasuk lain-lain agensi dan orang awam berkaitan Planning Action yang telah dilakukan oleh komander operasi.

“Ketua operasi mengaplikasikan konsep LAST (Life-saving Assistance and Support) dan membuat pencarian awal dengan menggunakan sebuah bot bersama empat anggota dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Seterusnya kaedah pencarian secara dasar di kiri dan kanan tebing sungai, follow the stream (mengikut arus) dan dive (menyelam) pada hotspot yang dikenal pasti.

“Pasukan pencarian turut dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dibantu oleh lain-lain agensi dan orang awam,“ katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini operasi SAR masih diteruskan melibatkan 19 anggota termasuk Unit Anjing Pengesam (K9) dan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua pelajar Tingkatan Empat dikhuatiri lemas di Sungai Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI