Aidilfitri: Polis kenal pasti 21 lokasi kemalangan maut di Perak

IPOH – Polis mengenal pasti 43 lokasi kerap berlaku kemalangan atau ‘hotspot’ dan 21 ‘blackspot’ atau lokasi kerap berlaku kemalangan maut terutama pada musim perayaan Aidilfitri di seluruh Negeri Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, antara lokasi hotspot yang dikenal pasti adalah kilometer (km) 30 Jalan Ipoh – Lumut di Bandar Universiti Perak Tengah, persimpangan lampu isyarat Plaza Tol Slim River di Muallim, serta Jalan Kuala Kangsar di Ipoh.

Katanya, semantara antara 21 lokasi kemalangan maut yang direkodkan adalah km 28.2 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar di Sungai Siput, km 16 Jalan Teluk Intan – Hutan Melintang di Bagan Datuk, serta persimpangan Petronas Slim River di Muallim.

Kemalangan maut Aidilfitri di Perak Lokasi kemalangan maut Perak Blackspot kemalangan Aidilfitri Hotspot kemalangan jalan raya Op Selamat PDRM Aidilfitri Trafik Perak musim perayaan Kawasan bahaya di lebuh raya lebuhraya Keselamatan jalan raya Aidilfitri
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin ketika sidang media pada Majlis Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak di Terminal Amanjaya, Meru, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 MAC 2025.

Menurut beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam membuat pemantauan sama ada di lebuh raya atau jalan utama bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dapat dipertingkatkan.

“Bagi lokasi hotspot dan blackspot, kita akan menempatkan anggota serta pegawai polis untuk memantau kawasan-kawasan tersebut bagi meminimumkan kadar kemalangan terutama kes maut.

“Kesemua lokasi ini akan jadi tumpuan kerana ia merupakan kawasan yang sangat berisiko (kepada pengguna jalan raya),” katanya.

Kemalangan maut Aidilfitri di Perak Lokasi kemalangan maut Perak Blackspot kemalangan Aidilfitri Hotspot kemalangan jalan raya Op Selamat PDRM Aidilfitri Trafik Perak musim perayaan Kawasan bahaya di lebuh raya lebuhraya Keselamatan jalan raya Aidilfitri
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memakaikan topi keledar kepada penunggang motosikal pada Majlis Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak di Terminal Amanjaya, Meru, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 MAC 2025.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak di Terminal Meru Raya, dekat sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut Noor Hisam memberitahu, PDRM telah melaksanakan Op Lancar bermula 23 Mac sehingga 6 April bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

Pada masa sama beliau berkata, seramai 37 anggota pegawai kanan dan 236 pegawai rendah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Perak terlibat dengan penugasan Op Selamat selama enam hari bermula Sabtu.

Kemalangan maut Aidilfitri di Perak Lokasi kemalangan maut Perak Blackspot kemalangan Aidilfitri Hotspot kemalangan jalan raya Op Selamat PDRM Aidilfitri Trafik Perak musim perayaan Kawasan bahaya di lebuh raya lebuhraya Keselamatan jalan raya Aidilfitri
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memberi beg cenderahati kepada kakitangan kaunter pada Majlis Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak di Terminal Amanjaya, Meru, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 MAC 2025.

Ujar beliau, operasi itu antara lain sebagai usaha untuk memastikan kelancaran trafik yang dijangka melibatkan 3 juta kenderaan pada sepanjang sambutan Aidilfitri di Perak.

Tambah Noor Hisam, peningkatan lalu lintas di negeri dijangka berlaku pada 28 Mac iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan 6 April selepas perayaan.

“Polis Perak turut mengenal pasti beberapa lokasi yang dilaporkan kerap berlaku kesesakan di sepanjang laluan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

“Antaranya adalah laluan di Gunung Semanggol di Kerian, Bukit Berapit di Taiping, Sungai Perak di Kuala Kangsar, Terowong Menora di Ipoh, Simpang Pulai, susur Gopeng, susur Tapah dan susur Muallim,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Laluan sehala Tapah lancarkan aliran trafik waktu puncak, pendekkan masa menunggu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI