Dua lelaki ditahan selepas didapati melanggar syarat lesen dan permit penjualan mercun dan bunga api di dua lokasi berbeza di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kedua-dua lelaki berusia 30-an itu ditahan dalam operasi pemeriksaan mercun dan bunga api melibatkan enam pegawai serta 29 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.
Menurutnya, sebanyak 126 premis yang telah diluluskan permit untuk menjual mercun dan bunga api telah diperiksa dalam operasi yang bermula dari jam 12 tengah hari dan berakhir kira-kira 12 tengah malam tadi. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak