Penambahbaikan laluan sehala di Tapah dijangka siap 30 April

IPOH – Kerajaan Negeri Perak tidak lepas tangan sebaliknya sentiasa membuka ruang bagi menerima pelbagai pandangan berhubung isu berkaitan pelaksanaan sistem laluan sehala bagi penyuraian trafik di pekan Tapah.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, hasil libat urus dengan Kementerian Kerja Raya dan agensi terlibat sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan langkah penambahbaikan melibatkan dua fasa pada tahun ini.

Katanya, fasa pertama membabitkan kerja-kerja penambahbaikkan laluan sehala sedia ada di pekan Tapah yang akan bermula pada 7 April dijangka siap pada 30 April ini.

“Ia melibatkan kos sebanyak RM2.2 juta daripada peruntukan Persekutuan. Antara kerja-kerja yang akan dilaksanakan adalah menukar laluan sementara kepada laluan kekal.

“Turut akan dilaksanakan adalah menurap semula jalan raya, membina pembahagi jalan, papan tanda dan mengecat garisan baru.

“Di bawah fasa pertama juga, akan dibuka laluan ke Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melalui Jalan Tapah Road serta menambah baik persimpangan Sekolah Kebangsaan Satu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.

Tambah Saarani, langkah penambahbaikkan fasa kedua di laluan sehala pekan Tapah akan membabitkan pembinaan jalan baharu atau laluan pintasan.

Menurut beliau, status kerja yang akan dimulakan pada tahun ini juga melibatkan peruntukan sebanyak RM17 juta daripada peruntukan pembangunan negeri.

“Kerja-kerja ini akan menghubungkan laluan FT001 Seksyen 539.0 ke FT059 Seksyen 2.0, serta membangunkan laluan alternatif untuk pengguna Cameron Highlands – Kampar – Bidor tanpa perlu melalui pekan Tapah.

“Panjang laluan baru melibatkan sepanjang 30 meter dengan dua persimpangan baharu dan lampu isyarat,” ujarnya.

Jelas Saarani, kerajaan negeri yakin apabila kedua-dua fasa pembangunan itu disiapkan kelak, ia bukan sahaja melancarkan aliran trafik malah urusan perniagaan, pergerakan pelancong, penghantaran logistik dan aktiviti masyarakat akan menjadi lebih efisien.

“Kerajaan negeri menyedai kesesakan trafik dijangka berlaku menjelang sambutan Aidilfitri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning bermula 12 hingga 26 April ini.

Penambahbaikan laluan sehala Tapah Trafik pekan Tapah 2024 Projek infrastruktur Perak Laluan alternatif Cameron Highlands Jalan pintasan Tapah Kesesakan trafik Aidilfitri Perak PRK DUN Ayer Kuning 2024 kerajaan negeri perak Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengadakan sidang media berhubung pelaksanaan sistem penyuraian trafik laluan sehala pekan Tapah di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 MAC 2025.

“Susulan itu, kerajaan negeri akan menggerakkan sepenuhnya keupayaan agensi penguatkuasaan dan keselamatan bagi melancarkan aliran trafik serta memudahkan pergerakan orang ramai,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kaedah laluan sehala di pekan Tapah mengundang pelbagai reaksi umum daripada peniaga, penjaja serta penduduk setempat.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Batang Padang melancarkan sistem jalan sehala melibatkan Jalan Persekutuan dan Jalan Majlis di pekan Tapah dengan dua lampu isyarat ditutup bagi melancarkan aliran trafik bermula 23 Ogos 2024. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Laluan sehala Tapah lancarkan aliran trafik waktu puncak, pendekkan masa menunggu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI