Abd Muhaimin sedia beri kerjasama kepada polis

TAPAH – Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek menyerahkan kepada pihak polis berhubung laporan yang dibuat ke atasnya pada Isnin.

Laporan polis dibuat Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak berhubung dakwaan Abd Muhaimin memanipulasi kelayakan bagi memperoleh tauliah mengajar agama di negeri ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tapah itu berkata, beliau bersedia untuk memberikan kerjasama sekiranya dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.

“Saya tunggu, dan apabila sudah dilaporkan (memerlukan saya dipanggil untuk memberi kenyataan) saya akan bersedia untuk membantu siasatan polis,” katanya.

Isu Tauliah Abd Muhaimin Abd Muhaimin Malek Calon PN Ayer Kuning Laporan polis calon PRK Dakwaan manipulasi tauliah agama PRK DUN Ayer Kuning 2025 Pemuda AMANAH Perak
Calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek ketika sidang media pada Ceramah Umum PN di Kampung Simpang Tiga, Bidor, bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 APRIL 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Ceramah Umum PN bersempena PRK DUN Ayer Kuning di Kampung Simpang Tiga, Bidor, dekat sini, pada Isnin.

Pada siang, Pemuda AMANAH Perak tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah terhadap Abd Muhaimin yang didakwa memanipulasi kelayakan tauliah mengajar agama di Perak.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Perak, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir, menggesa agar siasatan dilakukan ke atas calon PN itu mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 468 kanun sama bagi kesalahan pemalsuan dokumen.

Dalam perkembangan lain, Abd Muhaimin berkata, hari ketiga tempoh berkempen PRK DUN Ayer Kuning disifatkan berjalan lancar selain berkesempatan menyantuni pengundi di pelbagai peringkat.

Katanya, beliau juga bersedia untuk menjadi pemudah cara dengan pihak berwajib terhadap aduan-aduan setempat yang disampaikan kepadanya sekiranya beliau terpilih sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan.

“Kita melihat perkembangan reaksi yang baik daripada semua golongan pengundi termasuk golongan anak muda.

“Malah, respons baik juga saya terima daripada golongan pengundi bukan Melayu. Dan ia sudah pasti menjadi harapan saya agar mereka memberikan harapan kepada kita (pada hari pengundian nanti),” kata beliau lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Amanah gesa siasatan dakwaan calon PN tipu tauliah mengajar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI