PRK Ayer Kuning: Ustaz Yusri, Bawani bertukar risalah kempen

TAPAH – Suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di perkarangan Pasar Awam Tapah berlangsung dengan tenang meskipun berlaku pertembungan di antara dua parti yang bertanding.

Kematangan politik yang ditunjuk calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir bersama jenteranya serta calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS bersama penyokongnya turut menarik perhatian pengunjung.

Bawani bersama jenteranya tiba sekitar jam 7.45 pagi manakala Mohamad Yusri atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri tiba sekitar jam 8 pagi sebelum masing-masing menyantuni pengunjung yang bakal membuang undi 26 April ini.

Kedua-dua calon ini kemudiannya bertembung sekitar jam 8.50 pagi dan saling menyapa antara satu sama lain dan bertukar risalah kempen parti masing-masing.

Ustaz Yusri sempat bertanya kepada Bawani bagaimana kempen beliau dan Bawani menjawab semuanya berjalan lancar.

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri bertembung dengan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), K.S Bawani ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Perkarangan Pasar Awam Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 APRIL 2025.

Calon BN itu juga mengingatkan agar sema calon dan penyokong mengamalkan politik matang dalam berkempen sebelum masing-masing bersurai bagi menyantuni pengundi.

Sementara itu, Ismail Ahmad, 52, yang juga pengundi Ayer Kuning memuji sikap kedua-dua calon saling bertegur sapa meskipun mereka merupakan lawan bagi merebut kerusi DUN berkenaan.

“Saya datang ke sini mencari barang basah dan kemudian lihat ada kumpulan memakai baju merah membawa bendera dan sepanduk dan kumpulan memakai baju biru dan bila diamati mereka merupakan calon yang bertanding.

“Alhamdulillah kedua-dua mereka menyapa saya dan saya lihat penyokong masing-masing juga turut bersalam sesama sendiri sewaktu bertembung dan sebagai rakyat saya suka suasana harmoni seperti ini,” katanya.

“PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 59, pada 22 Februari lepas akibat serangan jantung.

Pertandingan tiga penjuru itu menyaksikan pertembungan antara Ustaz Yusri mewakili BN, Abd Muhaimin Malek dari PN dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM). -MG Perak

Artikel Berkaitan:

PRK Ayer Kuning: Calon BN, PN bertembung kempen di pasar tani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI