Ayer Kuning lambang keharmonian kaum, BN mahu teruskan legasi

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir menegaskan komitmennya untuk menjadi wakil kepada seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.

Menurutnya, pendekatan inklusif menjadi asas utama dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan memberi penekanan kepada keseimbangan dan penyertaan semua golongan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

“Kita tidak hanya mewakili satu kelompok, tetapi semua rakyat di kawasan ini. Jika diberikan mandat, saya akan menjadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kepada semua, membawa suara dan keperluan seluruh masyarakat, tanpa meminggirkan sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi walkabout menyantuni pengundi di Kampung Baru Banir Estate, di sini, pada Khamis.

Ustaz Yusri memaklumkan bahawa sambutan yang diterima sepanjang tempoh kempen amat memberangsangkan, dengan sokongan yang kukuh daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Dalam tempoh akhir kempen ini, kita menumpukan usaha ke kawasan-kawasan yang memerlukan perhatian lebih, bagi memastikan mesej BN sampai ke semua pengundi,“ ujarnya.

Ayer Kuning lambang keharmonian kaum, BN mahu teruskan legasi
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Kampung Baru Banir Estate, Tapah, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 APRIL 2025.

Menjawab soalan berkenaan kerjasama antara parti komponen BN, beliau menyifatkan legasi perpaduan UMNO, MCA dan MIC sebagai tunjang keharmonian di Ayer Kuning dan Tapah secara keseluruhan.

“Itu memang pastilah dan kita mengharapkan kerjasama di antara legasi parti komponen ini akan dikekalkan dan ia menjadi satu contoh kepada keseimbangan dan keharmonian kaum.

“Sebab komposisi kita pun lihat sesuai untuk dicerminkan sebagai satu masyarakat yang pelbagai kaum yang menjadi contoh.

“Hubungan baik antara kepimpinan komponen BN termasuk Datuk Seri M Saravanan dan ADUN Chenderiang menunjukkan kekuatan kita sebagai satu pasukan.

“Kita mahu terus membawa semangat itu agar keseimbangan kaum dapat dijaga dan dijadikan contoh kepada kawasan lain,” ujarnya.

Menerusi kempen yang berbaki dua hari saja lagi, Ustaz Yusri menyeru semua pengundi untuk keluar mengundi dan memilih kepimpinan yang bukan sahaja berpengalaman, tetapi juga mampu menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa di kawasan tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PRK Ayer Kuning: ‘Beri saya peluang di Ayer Kuning – Ustaz Yusri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI