50 ahli, penyokong Bersatu sertai UMNO

TAPAH – Seramai 50 ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan keluar parti selepas melihat perjuangan parti berkenaan terpesong dengan pelbagai fitnah yang dilontarkan.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Penerangan, Bersatu Simpang Tiga Bidor, Adham Iskandar Ismail berkata, dia bersama dengan 49 lagi ahli yang terdiri daripada golongan belia mengambil keputusan menyertai UMNO.

Adham Iskandar yang menyertai Bersatu pada 2019 berkata, keputusan tersebut dibuat atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Saya memang ikut perjalanan parti (Bersatu) tetapi saya nampak sekarang sudah lari dia punya perjuangan. Contohnya dalam media sosial dengan fitnah macam-macam yang mana sebenarnya perkara itu tidak betul,” katanya.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Penerangan, Bersatu Simpang Tiga Bidor, Adham Iskandar Ismail bersama 50 ahli dan penyokong parti berkenaan menyerahkan borang keahlian baharu UMNO kepada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tapah, Khairul Azmi Ghazali di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Simpang Tiga, Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 APRIL 2025.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui menyerah borang keahlian di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Simpang Tiga, Bidor di sini, pada Khamis malam.

Adham Iskandar bersama yang lain menyerahkan borang keahlian baharu UMNO kepada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tapah, Khairul Azmi Ghazali.

Menurutnya, setelah mengikuti perjalanan parti dia mula percaya dan yakin hanya Barisan Nasional (BN) dapat membantu golongan muda bukan Bersatu.

“Sebelum ini saya tersalah lorong kerana sepatutnya kami perlu bersama kerajaan untuk menaikkan anak-anak muda di kawasan ini kerana bila dengan Bersatu tiada yang ‘guide’ kami tiada hala tuju.

“Mereka nampak macam terlalu kosong, ke sana ke sini tiada sesiapa yang beri panduan dan apabila minta bantuan kita tak dapat nak bagi, jadi susahlah,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI