Maritim Perak tahan bot nelayan langgar syarat lesen

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan yang didapati melanggar syarat lesen di perairan negeri, pada Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, bot berkenaan ditahan kira-kira jam 12.45 tengah hari, pada jarak 7.3 batu nautika barat dari Muara Sungai Pasir Hitam dekat sini.

Menurutnya, tiga kru warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah dikesan mengendalikan bot tersebut.

“Kesemua mereka bersama bot, peralatan menangkap ikan dan hasil laut telah ditahan dan dirampas untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kata Mohamad Shukri, dalam operasi berasingan, pihaknya turut merampas 150 set bubu naga yang ditemui di perairan Pulau Talang,

Ujar beliau, lokasi itu dikenal pasti sebagai kawasan panas yang melibatkan penggunaan peralatan menangkap ikan secara haram.

“Penggunaan bubu naga dalam dilarang kerana ia berisiko tinggi memusnahkan ekosistem laut.

“Pemilik atau pengguna bubu itu boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

“Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” tambahnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Maritim Malaysia tingkat kawalan di perairan negara sepanjang Aidilfitri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI