BN, PH Johor tanding sendiri, lepas PRN runding tubuh kerajaan

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) boleh bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) tanpa perlu menjalinkan kerjasama politik.

Naib Pengerusi Veteran UMNO Negeri Johor, Datuk Adam Abdul Hamid berkata, pembahagian kerusi masing-masing boleh dilakukan mengikut PRN sebelum ini.

“Pandangan dan pendirian Veteran UMNO Johor adalah tegas iaitu berpegang kepada prinsip keputusan PRN yang lepas.

“Pembahagian kerusi adalah status quo untuk PRN yang akan datang atau semua parti dalam Kerajaan Perpaduan dibenar bertanding demi menghormati dan menjunjung demokrasi.

“Kemudian setelah ada keputusan pilihan raya kelak baru berunding untuk menubuhkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah hari ini dilaporkan berkata, UMNO Johor akan terus bersiap siaga dengan segala kemungkinan.

Kenyataan tersebut susulan Kenyataan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor, Dr Zuhan Zain kelmarin yang dilaporkan berkata, PH Johor sedia bertanding secara solo tanpa perlu kerjasama dengan mana-mana gabungan politik pada PRN nanti.

Dr Zuhan Zain berkata, PH boleh bertanding di semua kerusi di Johor kerana melihat kemungkinan itu ada.

“Ini kerana Amanah Johor melihat kemungkinan itu selepas melihat situasi yang berlaku dalam negara ketika ini,” ujar Ketua Amanah Kawasan Kluang itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI