Semua ibu hamil warga Malaysia akan terima vaksin Tdap secara percuma

KUALA LUMUR – Semua ibu hamil warganegara Malaysia akan menerima vaksin Tdap (gabungan Tetanus, Difteria, dan Pertussis) secara percuma, bermula hari ini.

Sebelum ini, ibu hamil hanya menerima vaksin Tetanus.

Inisiatif baharu ini memberikan perlindungan daripada tiga penyakit: tetanus, difteria, dan pertussis (batuk kokol).

KKM berkata, vaksin Tdap boleh didapati di semua fasiliti kesihatan primer KKM yang menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak.

Sempena penganjuran Sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan 2025 bertema “Imunisasi untuk Semua, Ayuh Kita Jayakan” hari ini, KKM berkata, imunisasi adalah intervensi kesihatan awam yang penting.

Program imunisasi yang komprehensif dan sistematik telah berjaya membasmi penyakit seperti cacar (smallpox), mengurangkan dengan ketara kes-kes penyakit cegahan vaksin, dan mencegah ribuan kematian setiap tahun.

Oleh itu, KKM menyeru semua ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menerima imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan, demi menegakkan hak mereka terhadap penjagaan kesihatan yang inklusif.

Orang dewasa dan warga emas juga digalakkan untuk mendapatkan imunisasi bagi mengelakkan jangkitan penyakit yang boleh menyebabkan ancaman kesihatan sepanjang hayat atau kematian.

Ibu bapa yang belum mengimunisasi anak-anak mereka boleh mengunjungi fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan suntikan imunisasi mengikut jadual.

“KKM akan terus komited dan berusaha menjayakan program seumpama ini bagi memastikan semua lapisan masyarakat bermula dari dalam kandungan sehingga ke usia emas mendapat perlindungan dan kesihatan secara menyeluruh,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI