Kerja naik taraf Pasar Besar Ipoh akan dilaksana segera

IPOH – Projek menaik taraf Pasar Besar Ipoh dengan kos sebanyak RM15 juta bakal dimulakan dalam tempoh terdekat tahun ini.

Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah berkata, projek yang dibiayai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu adalah antara inisiatif berimpak tinggi untuk menjadikan pasar bersejarah itu sebagai mercu komuniti moden yang lebih selesa dan mesra keluarga.

Menurutnya, lazimnya pertandingan reka bentuk akan diadakan bagi setiap projek yang bernilai lebih RM10 juta.

“Menjadi garis panduan KPKT bahawa setiap projek yang lebih daripada RM10 juta memerlukan satu pertandingan untuk mencari rekaan yang terbaik.

“Untuk Pasar Besar Ipoh lima rekaan terbaik telah terpilih daripada 100 penyertaan pertandingan Idea Konsep Reka Bentuk Cadangan Menaik Taraf Pasar Besar Ipoh anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Kita akan laksanakan (kerja naik taraf Pasar Besar Ipoh) cuma saya tidak ada tarikh tepat bila nak laksanakan itu, tapi dalam tempoh terdekat kerana peruntukan sudah

“Kita juga sudah ada pemenangnya design (reka bentuk) terbaik dan kita akan laksanakan InshaAllah tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Khas Anggota Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Bandar Raya Ipoh Ke-37 di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini pada Selasa.

Kerja naik taraf Pasar Besar Ipoh akan dilaksana segera
Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah berucap pada Majlis Perhimpunan Khas Anggota Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Bandar Raya Ipoh Ke-37 di Pusat Konvensyen Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 MEI 2025.

Dalam pada itu, Zamakhshari yang baharu dilantik menerajui MBI menyatakan komitmennya untuk meneruskan legasi pentadbiran mantan Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin, selain menumpukan kepada isu-isu asas yang dekat dengan rakyat.

“Saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Datuk Rumaizi kerana meletakkan asas kukuh dan membawa Ipoh ke satu tahap yang membanggakan.

“Selain itu, saya akan meneruskan kesinambungan itu InshaAllah saya akan buat penambahbaikan,” ujarnya.

Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit akan menekankan lima perkara utama untuk diberi perhatian segera dalam pentadbiran baharunya iaitu sampah, jalan, lampu, longkang dan taman (rumput).

“Ini perkara asas tetapi inilah yang paling banyak aduan rakyat. Kita kena kembali kepada asas dan berikan perkhidmatan terbaik kerana warga Ipoh adalah pemegang taruh utama,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

BETA Architects menang reka bentuk semula Pasar Besar Ipoh

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI