Pemandu, kelindan lori muatan roti cedera kemalangan

TAPAH – Pemandu dan kelindan cedera selepas lori bonded muatan roti dinaiki mereka bertembung dengan lori kontena di hadapan Hospital Tapah, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 6.20 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Ketika tiba di lokasi didapati kemalangan membabitkan sebuah lori kontena dipercayai bertembung dengan lori bonded satu tan muatan roti.

“Kemalangan itu turut mengakibatkan kecederaan kepada pemandu dan kelindan lori bonded masing-masing berusia 29 dan 40-an.

“Pemandu lori terbabit tersepit manakala kelindan yang mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital oleh ambulan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, ketua operasi segera menjalankan penilaian situasi dan mengaplikasikan konsep SAVER atau Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap dan mengarahkan anggota untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Operasi terkawal jam 6.50 pagi dan tamat sepenuhnya jam 6.58 pagi,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nahas dua MPV di Gerik: Seorang maut, empat cedera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI