JPV Perak gagalkan cubaan pindah 10 lembu secara haram di Gerik

IPOH – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak berjaya mematahkan cubaan memindahkan 10 ekor lembu hidup secara haram menggunakan lori dalam satu operasi bersepadu Ops Korban Mega yang dijalankan di Gerik, malam tadi.

Pengarah JPV Perak, Dr Saifullizam Abd Kadir berkata, operasi tersebut melibatkan kerjasama pasukan penguat kuasa JPV Perak dan JPV Cawangan Baling, Kedah.

Menurutnya, pasukan operasi berjaya menahan sebuah lori yang mencurigakan di tepi jalan berhampiran Kampung Pahit Luar, Gerik sekitar jam 10 malam.

“Pemeriksaan ke atas pemandu lori berusia 26 tahun itu mendapati lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pindah haiwan ternakan.

“Cubaan suspek untuk mengaburi mata pihak berkuasa dengan menutup bahagian belakang kenderaan menggunakan kanvas turut tidak berjaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM15,000 jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, Saifullizam memaklumkan bahawa menerusi pelaksanaan Ops Korban Mega sempena sambutan Aidiladha setakat ini, JPV Perak telah berjaya menggagalkan empat cubaan memindahkan ternakan tanpa dokumen sah.

“JPV akan terus memperhebat pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan biosekuriti serta pematuhan undang-undang dalam pengurusan ternakan, terutama menjelang musim perayaan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel  Berkaitan:

Aidiladha: Perak agih 436 lembu korban di semua DUN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI