PARIT – Ibu kepada empat beradik yang maut dalam nahas jalan raya di Kilometer (km) 7 Jalan Jerantut-Maran, tengah malam Sabtu tidak menyangka akan kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.
Zaini Noh, 52, berkata, walaupun reda dia berasa agak berat menerima ketentuan takdir tatkala kesungguhan anak-anaknya untuk berhari raya di rumah bapa saudara di Pahang dengan berakhir tragedi pada Hari Raya Aidiladhan.
Menurutnya, oleh kerana rasa tidak sedap hati, dia telah melarang kesemua mereka namun anak-anaknya terutama Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, begitu teruja dan beria-ia untuk ke sana. – MGPerak