Salbiah ziarah waris mangsa kemalangan bas UPSI-Alza

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed bergegas ke Hospital Gerik susulan tragedi kemalangan melibatkan pelajar UPSI pagi tadi.

“Saya sempat menziarahi dan menyantuni waris serta mangsa yang masih dirawat di Hospital Gerik susulan tragedi kemalangan melibatkan pelajar UPSI awal pagi tadi.

“Sayu hati tengok keadaan keluarga mangsa kemalangan UPSI tadi di Hospital Gerik.

“Semoga mereka terus kuat hadapi ujian ini. Buat yang telah pergi, Al-Fatihah… semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Kemalangan kira-kira jam 1 pagi yang membabitkan sebuah membawa pelajar UPSI dan Alza di JRTB Banun, Gerik mengorbankan 15 mangsa termasuk pemandu bas dan pelajar UPSI. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI