GERIK – Kerajaan memberi jaminan akan menjalankan siasatan terperinci melibatkan nahas jalan raya yang mengorbankan 15 individu termasuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi Isnin.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, semua pihak turut diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli sekitar 12.30 pagi itu.
Beliau berkata, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MGPerak