MGPerak: Perak Bison Sasar Empat Terbaik STL 2025

127

Perak Bison menyasarkan kedudukan empat teratas saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2025 yang akan membuka tirainya pada 17 Jun ini di Terengganu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, Perak Bison tampil dengan kekuatan lapan orang pemain, terdiri daripada tujuh pemain tempatan dan seorang pemain import dari Thailand.

Menurutnya, enam daripada mereka adalah pemain sedia ada, manakala dua lagi adalah muka baharu yang dipilih sebagai pelapis masa depan pasukan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini