Malaysia sokong Iran pertahan hak, kecam tindakan biadab Israel – PM

LUMUT – Malaysia menyokong hak Iran untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negaranya susulan serangan balas ke Israel baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menyifatkan tindakan Iran itu adalah untuk mempertahankan maruah negara tersebut.

“Beberapa hari yang lalu Iran diserang oleh Israel, senang-senang target bunuh semua saintis, mana ada negara boleh biadab, khianat, gila seperti Israel.

“Umat Islam ada 1 bilion lebih, negara Islam kaya tapi nak bercakap pertahankan Iran pun tak ramai. Sebab itu saya bagitahu kawan-kawan saya Malaysia ini biarlah ada keupayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Perak di Lumut Waterfront, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam pada itu, Anwar turut memuji kecekalan Iran yang mampu bertahan walaupun dikenakan sekatan ekonomi dan tekanan antarabangsa sejak sekian lama.

“Jadi saudara-saudara saya bukan tadi saya bercakap orang nampak puji. Bukan saya puji Iran, kita ada beberapa perbezaan dengan mereka, tapi dia (Iran) ditekan lama sanction ekonomi begitu lama.

“Tapi dia dapat bertahan, saya tahan dia buat pendidikan disiplin anak-anak dia belajar AI (kecerdasan buatan) orang tak bagi kerjasama, tak ada syarikat-syarikat macam di negara kita Infineon (Technologies), Nvidia (Corporation), Google, Microsoft dan AMD (Corporation) semua masuk.

“Dia tak ada yang masuk tapi dia mampu belajar anti-bolistik misile (peluru berpandu) dia boleh sampai ke Tel Aviv,” katanya.

Tambah beliau, tindakan balas Iran terhadap serangan Israel wajar dilihat sebagai tindakan mempertahankan diri, namun reaksi negara-negara Barat yang seolah-olah memihak kepada Israel adalah sangat tidak adil.

“Tapi kemudian dia (Iran) serang balas banyak negara-negara Eropah serang dan marah Iran.

“Bila Israel serang, kamu diam. Bila Iran jawab balik, kamu serang. Saya tak wakili pandangan begitu,” kata Perdana Menteri lagi.

Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinannya akan terus berpegang kepada prinsip mempertahankan keadilan, maruah dan hak kedaulatan semua negara, tanpa mengira tekanan atau kecaman antarabangsa.

“Alhamdulillah, pimpinan Kerajaan MADANI ini tetap pegang prinsip membela hak dan pertahankan hak semua negara,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Konflik Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap bekalan makanan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI