Nahas Jerantut: Sumbangan dihulur akan diguna buat arwah anak-anak

PARIT – “Meskipun bantuan yang diterima ini nilainya tidak sama dengan kehilangan anak, saya akan gunakan sebaik mungkin buat semua arwah yang meninggalkan kami”.

Itu luahan Aziz Jaafar Yusof, 52, yang kehilangan dua anak lelaki dan dua anak perempuan bersama seorang menantu lelaki dalam nahas jalan raya di KM7, Jalan Jerantut–Maran di Pahang pada 7 Jun lalu.

Menurut Aziz Jaafar dia dan keluarga menghargai sumbangan yang dihulurkan semua pihak termasuklah bayaran tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat arwah anak perempuannya Nurul Hazwani, 17.

“Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang tidak putus menghantar bantuan untuk keluarga kami termasuklah sumbangan kewangan dan juga nasihat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan dan bayaran Skim Takaful Pelajar Sekolah KPM yang disampaikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah, di kediamannya di Kampung Padang Kunchor Bota, di sini, pada Selasa.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah menyampaikan sumbangan kepada Aziz Jaafar Yusof, 52, yang kehilangan dua anak lelaki dan dua anak perempuan bersama seorang menantu lelaki dalam nahas jalan raya di KM7, Jalan Jerantut–Maran di Pahang pada 7 Jun lalu di kediamannya di Kampung Padang Kunchor, Bota. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 JUN 2025.

Pekerja penyelenggaraan di salah sebuah hospital itu berkata, biarpun lebih seminggu berlalu dia dan isterinya Zaini Noh, 52, masih dalam fasa menerima takdir dan ketentuan Allah S.W.T.

Sementara itu, pada majlis berkenaan berkenaan sebanyak RM11,270 wang sumbangan hasil kutipan menerusi Tabung Kutipan Kilat khas oleh warga pendidik dan pelajar sekolah Daerah Perak Tengah diserahkan kepada Aziz Jaafar.

“Sumbangan ini merupakan satu usaha bersama melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Perak Tengah dalam mengumpulkan sedikit dana sebagai tanda keprihatinan, solidariti dan simpati.

“Saya mengucapkan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan oleh PPD Perak Tengah atas usaha ini termasuk semua penderma yang telah menghulurkan sumbangan,” katanya.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah menyampaikan sumbangan kepada Aziz Jaafar Yusof, 52, yang kehilangan dua anak lelaki dan dua anak perempuan bersama seorang menantu lelaki dalam nahas jalan raya di KM7, Jalan Jerantut–Maran di Pahang pada 7 Jun lalu di kediamannya di Kampung Padang Kunchor, Bota. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 JUN 2025.

Pada majlis sama, Khairudin turut menyampaikan Skim Takaful Pelajar Sekolah KPM berjumlah RM5,500 kepada Aziz Jaafar.

Media pada 7 Jun lalu melaporkan lima sekeluarga maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jerantut, Pahang melibatkan sebuah Toyota Alphard yang dalam perjalanan dari arah Maran menghala ke bandar Jerantut berlanggar dengan Perodua Bezza.

Insiden berkenaan mengorbankan Nur Arfiqah, 23, dan suaminya, Mohamad Ikmal Ishak, 26, serta tiga adiknya, Mohammad Zulkifli, 21; Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nahas Jerantut: Lima sekeluarga selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI