Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) disifatkan sebagai langkah bersasar oleh kerajaan yang tidak membebankan majoriti rakyat, sebaliknya tertumpu kepada golongan berpendapatan tinggi.
Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak, Amirudin Tajudin berkata, pelaksanaan SST hanya melibatkan sektor tertentu sahaja dan memberi impak kepada golongan berkenaan.
Menurutnya, peluasan cukai tersebut tidak akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak