Setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 10 pagi hingga 4 petang, Mohamad Azhar Ariffin, 57, setia membaiki kasut di deretan kedai usang di Jalan Kuala Kangsar, Chemor. Walaupun tidak pernah menerima sebarang latihan formal, beliau tekun mengasah kemahiran menjahit dan membaiki kasut hanya berpandukan video di YouTube dan latihan sendiri di rumah.
Demi isteri tercinta yang menghidap kanser limfoma tahap empat dan dua anak yang masih bersekolah, Azhar tidak pernah mengeluh walaupun hanya memperoleh sekitar RM800 sebulan. Setiap pasang kasut yang dibetulkan bukan sekadar sumber rezeki — tetapi lambang kasih sayang, ketabahan dan usaha seorang lelaki yang tidak pernah menyerah. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak