Zulkafli tamat khidmat bakti selepas 39 tahun bersama PDRM

IPOH – Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menabur bakti 39 tahun dalam pasukan itu susulan persaraan wajibnya secara rasmi pada 23 Jun ini.

Zulkafli, 60, bersama isteri, Zaleta Ibrahim tiba di pentas khas Dataran Perhimpunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak kira-kira jam 8 pagi.

Beliau diraikan dalam Majlis Paluan Berundur yang dihadiri pegawai kanan, pengurusan tertinggi termasuk anggota polis.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa dan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormatan sebelum majlis paluan berundur dimulakan.

Zulkafli tamat khidmat bakti selepas 39 tahun bersama PDRM
Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berswafoto bersama pegawai dan anggota polis pada Perhimpunan Khas Sempena Persaraan Timbalan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 JUN 2025.

Perbarisan kawalan kehormatan yang melibatkan 51 pegawai rendah polis serta dua pegawai itu dipimpin oleh Pegawai Baris, Asisten Superintenden Muhammad Nursyahir Saharuddin.

Kemudian, Zulkafli diberikan penghormatan menaiki kenderaan rasmi polis bersama isterinya, Zaleta sebelum meninggalkan acara itu.

Dilahirkan di Teluk Intan pada 23 Jun 1965, Zulkifli mula menyertai PDRM pada 15 Januari 1986 ketika berusia 21 tahun.

Sebelum bertukar ke Perak, beliau pernah memegang jawatan Senior Asisten Komisioner Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) di Bukit Aman.

Pada Julai tahun lalu, Zulkafli telah memangku jawatan Ketua Polis Perak berikutan persaraan Datuk Pahlawan Azizi Mat Aris. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Zulkafli pangku jawatan Ketua Polis Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI