Tanaman Betik Sekaki beri pendapatan hingga RM2,500

GERIK – Projek Kelestarian MADANI Tanaman Betik Sekaki menjangkakan pulangan bersih RM2,000 hingga RM2,500 kepada setiap peserta yang menyertainya.

Pengerusi Projek Sejati MADANI Kampung Kuak Hulu, Mohd Zaidi Bakri berkata, projek berkenaan diusahakan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuak Hulu.

Menurut beliau, Projek Kelestarian MADANI Tanaman Betik Sekaki itu bertujuan membantu penduduk setempat menjana pendapatan melalui projek pertanian moden dan mampan.

“Program ini telah memberi manfaat kepada sepuluh orang peserta sejak ia dilaksanakan pada awal Julai tahun lalu.

“Disamping itu, projek ini juga telah mewujudkan model pembangunan bersepadu di anatara komuniti setempat dan institusi pendidikan,” katanya kepada MG Perak.

Mengulas lanjut Mohd Zaidi berkata, projek berkenaan juga bertujuan menyokong kelestarian ekonomi kampong berdasarkan potensi sebenar.

Ujarnya lagi, ia juga dapat mengangkat potensi komuniti melalui latihan, penyertaan dan tanggungjawab bersama tambahnya lagi.

Penganjuran Kursus Pemprosesan Sos Cili Betik dan Jem di Dewan Orang Ramai Kampung Kuak Hulu.

“Jangkaan setiap peserta mendapat pulangan bersih antara RM2,000 hingga RM2,500 selepas tanaman membuahkan hasil, bergantung pada harga pasaran semasa,” katanya.

Untuk rekod Projek Kelestarian MADANI Tanaman Betik Sekaki merupakan salah satu daripada tiga buah kampung di bawah seliaan Kolej Komuniti Gerik yang menerima peruntukkan sebanyak RM100,000 di bawah Projek Sejati MADANI.

Kolej Komuniti Gerik juga turut menganjurkan Kursus Pemprosesan Sos Cili Betik dan Jem Buah Betik bagi mengelak lambakan buah. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI