Lelaki selamat selepas 4 jam tersesat di Bukit Larut

TAIPING – Seorang lelaki yang tersesat ketika melakukan aktiviti beriadah di Pusat Peranginan Bukit Larut di sini, ditemukan selamat pada petang Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.28 petang.

Menurutnya, sepasukan 12 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Ketika kejadian, mangsa berusia 30 tahun itu didapati hilang sewaktu menjalankan aktiviti riadah di Kilometer (KM) 7 bersama sekumpulan 11 orang yang lain.

“Kehilangan mangsa disedari isterinya selepas mangsa memaklumkan dia ingin membuang air dan bergerak secara berseorangan sebelum tidak muncul semula sejak jam 10 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi melakukan penilaian dan mengaplikasikan konsep L.A.S.T dengan mengarahkan anggota melakukan pencarian di sekitar lokasi tempat mangsa dimaklumkan hilang.

“Mangsa kemudiannya ditemui selamat di Pondok Tiga yang terletak sejauh 4km dari kaki Bukit Larut dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Katanya, operasi terkawal sekitar jam 2.40 petang dan tamat sepenuhnya lima minit kemudian. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Remaja perempuan sesat di hutan berhampiran Manjoi selamat ditemukan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI