Wan Mohd Zahari galas jawatan Ketua JKDNKA Perak

IPOH – Bekas Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu kini menggalas jawatan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Perak berkuat kuasa pada Rabu.

Wan Mohd. Zahari yang dinaikkan pangkat Senior Asisten Komisioner itu mengambil alih jawatan tersebut daripada Senior Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi.

Zairulnizam yang sebelum ini berkhidmat selama hampir empat bulan di negeri ini kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) JKDNKA Bukit Aman.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Serah Terima itu disaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, di sini, pada Selasa.

Ketua JKDNKA Perak baharu Wan Mohd. Zahari Wan Busu, pertukaran pegawai kanan polis Perak, JKDNKA Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin, pemakaian pangkat polis Perak
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin (tengah) menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintenden Muhammad Firdaus Abdullah (kiri) kepada Ketua Polis Daerah Gerik baharu, Superintenden Abdul Samad Othman (kanan) pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ketua Polis Daerah Gerik dan Ketua Polis Daerah Kerian di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 JULAI 2025.

Pada majlis sama, Noor Hisam turut menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman dan Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Jafri Md Zain serta pemakaian pangkat dua pegawai kanan polis itu.

Beliau turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada enam pegawai kanan polis iaitu Asisten Superintenden Mohd. Fared Fadilah Mohd. Daud dan Asisten Superintenden Nur Iman Md Rahim masing-masing dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah.

Turut dikenakan pemakaian pangkat kepada Asisten Superintenden Muhamad Ain Fikri Ngassri dari IPD Kuala Kangsar; Asisten Superintenden Siti Rabiah Kassim dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPK) Perak; Asisten Superintenden Mohd. Fazli Abd. Rahman (IPD Batu Gajah) dan Asisten Superintenden Azrene Shazwani Abd. Manap (IPD Ipoh). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mohd Khalid Ismail dilantik Ketua Polis Negara yang baharu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI