UMNO tidak bertanding solo dalam PRU akan datang- Zahid

LUMUT – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan UMNO tidak akan bertanding solo dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sebaliknya tetap menggunakan bersama gabungan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, UMNO akan terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka pada PRU16 nanti.

Tambahnya, kekalahan UMNO dalam pilihan raya sebelum ini adalah berpunca daripada keputusan bertanding secara bersendirian tanpa gabungan kukuh.

“Kenapa kita kalah ketika itu? Kita hanya melihat perkiraan kita sendiri. Kita buat keputusan untuk bertanding solo, sedangkan UMNO dan BN selama ini tidak pernah bergerak secara bersendirian.

“Malah, semalam saya berada di Johor, saya turut dengar suara yang mahu kita bertanding solo. Tapi, adakah itu keputusan muktamad kita? Tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, beberapa bahagian UMNO juga telah membuat resolusi untuk tidak bergerak sendirian dan kekal bersama rakan-rakan gabungan BN.

“InsyaAllah, kita tetap bertanding atas lambang dacing, lambang BN. Saya isytiharkan di hadapan para perwakilan UMNO hari ini, kita tidak akan bertanding solo,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa kekalahan pada pilihan raya lalu juga berpunca daripada masalah kerjasama dengan rakan-rakan dalam BN dan PH yang tidak saling memahami strategi masing-masing.

Namun, beliau yakin UMNO masih mempunyai kekuatan akar umbi dan perlu terus bersatu demi memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

“Lihat apa yang berlaku di Ayer Kuning, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Coldstream pada PRU15 semua kalah, tapi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu, semua PDM kita menang.

“Cuba kita renungkan dengan situasi begitu. Ini bukan soal keikhlasan atau kejujuran tetapi soal bagaimana strategi politik yang disusun oleh kepimpinan UMNO dan BN.

“InsyaAllah, akan membuahkan hasil yang cemerlang jika kita jujur pada rakan-rakan lain,” ujar Timbalan Perdana Menteri itu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiada ketegangan dalam UMNO susulan keputusan Tengku Zafrul keluar parti – Ahmad Zahid

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI