Wanita ‘lesap’ ketika serbuan imigresen tinggalkan suami, anak

IPOH – Seorang wanita warga Indonesia bertindak melarikan diri meninggalkan suami dan dua anak lelak yang sedang tidur selepas tempat tinggal mereka diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu awal pagi Sabtu.

Operasi sekitar jam 3 pagi melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) itu dilakukan di sebuah tapak pembinaan di Persiaran Panorama Lapangan Perdana di sini.

Wanita terbabit gagal dikesan namun suaminya yang mempunyai dokumen sah diminta supaya menghantar pulang dua anak mereka masing-masing berusia setahun dan tiga tahun melalui program repatriasi migran (PRM) ke negara asal.

Keluarga berkenaan antara 224 warga asing yang diperiksa termasuk tujuh kanak-kanak dalam operasi yang berakhir pada jam 6 pagi itu.

Wanita ‘lesap’ ketika serbuan imigresen tinggalkan suami, anak
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak, Datuk James Lee melakukan pemeriksaan dokumen warga asing ketika Ops Kutip di sebuah tapak pembinaan di Persiaran Panorama Lapangan Perdana, Ipoh.
Lebih 200 warga asing yang diperiksa dalam operasi tersebut termasuk kira-kira 10 orang kanak-kanak. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 JULAI 2025

Pengarah JIM Perak, Datuk James Lee berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 131 warga asing ditahan melibatkan 111 lelaki dan 20 wanita warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Pakistan.

Menurutnya, sepanjang operasi dijalankan kira-kira 10 peratus daripada mereka berjaya melarikan diri ke dalam semak serta hutan berhampiran namun tiada berlaku pergelutan atau kecederaan melibatkan anggota dan warga asing terbabit.

“Ada yang berjaya ditangkap dan ada juga yang berjaya lolos. Itu kita tidak boleh buat apa-apa. Bagaimanapun, kita akan buat operasi sama pada masa hadapan bersama PGA dan jabatan lain yang berkaitan.

“Operasi yang kita jalankan pada malam ini adalah untuk membanteras pemalsuan passport, tinggal lebih masa dan menggunakan pas yang tidak sah.

“Saya menasihati majikan yang di luar sana untuk menggaji pekerja asing, tolonglah datang ke Jabatan Imigresen, jangan gunakan orang kedua untuk memproses pas-pas (imigresen) ini,” katanya ketika pada sidang media pada operasi tersebut awal pagi tadi.

Wanita ‘lesap’ ketika serbuan imigresen tinggalkan suami, anak
Pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan warga asing ketika Ops Kutip di sebuah tapak pembinaan di Persiaran Panorama Lapangan Perdana, Ipoh.
Lebih 200 warga asing yang diperiksa dalam operasi tersebut termasuk kira-kira 10 orang kanak-kanak. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 JULAI 2025

Katanya, kesemua yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Tambahnya, kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Ipoh di Kompleks Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan selanjutnya manakala kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen dihantar ke depoh khas.

Seramai 70 anggota penguat kuasa JIM Perak dan 62 anggota PGA terbabit dalam operasi bersepadu tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

92 PATI di tapak binaan ditahan imigresen

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI