‘Doakan agar Najib dapat kembali semula dalam perjuangan ini’

LENGGONG – Hukuman yang sedang dijalani Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan ujian besar dalam kehidupanya, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Saarani berkata, segala perkara yang sedang dihadapi bekas Perdana Menteri itu mengajar semua pihak tentang erti kesabaran serta keteguhan seorang pemimpin yang tabah dalam perjuangan.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata, Najib bukan hanya sebagai bekas Presiden UMNO malah juga telah banyak berjasa dalam mengangkat martabat bangsa, agama dan negara.

“Kita tidak mampu hadir bersamanya setiap hari, tetapi kita mampu mengiringi beliau dengan doa yang tidak pernah putus.

“Doakan agar beliau diberi kekuatan, dibukakan pintu-pintu hikmah agar mendapat keadilan serta didoakan agar akhirnya beliau (dapat) kembali (semula) bersama kita dalam perjuangan ini.

“Kita juga mendoakan agar barisan peguam beliau sentiasa diberi kekuatan dalam menegakkan kebenaran,” katanya.

Doa untuk Najib Razak 🔎 Related Keyphrases: Najib Tun Razak UMNO, Saarani Mohamad Najib, titah adendum Najib, perjuangan UMNO, sokongan untuk Najib, tahanan rumah Najib, UMNO Lenggong, Mesyuarat UMNO Perak
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak merangkap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong 2025 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 JULAI 2025

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di sini, pada Sabtu.

Pada masa sama Saarani turut berharap agar kepimpinan kerajaan ketika ini dapat memberi pertimbangan dan membuka ruang keadilan buat Najib agar memperoleh pembelaan yang sewajarnya.

Pada 9 Julai, media melaporkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, menyatakan bahawa AGC mempersoalkan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Titah Adendum cerminan keadilan, segera laksanakan – UMNO Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI