UMNO bukan hanya sekadar parti politik sebaliknya ia adalah payung besar sebenar yang melindungi serta membela orang Melayu di negara ini sejak sekian lama.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebagai anggota dalam Kerajaan Perpaduan, parti itu sentiasa berada di hadapan dalam memastikan kepentingan orang Melayu dan Islam terus terpelihara.
Katanya, sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan, segala dasar yang menyentuh soal pembangunan orang Melayu dan Islam sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.
Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, antara usaha yang telah digerakan di Persekutuan adalah peruntukan dana sebanyak RM1.1 bilion bagi pembangunan bumiputera serta RM150 juta untuk sekolah tahfiz di seluruh negara. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak