Projek pembangunan 14 Taman Rekreasi MADANI yang menelan belanja RM5.4 juta di sekitar bandar raya ini dijangka siap dibina sepenuhnya pada penghujung Julai ini.
Antara taman rekreasi terbabit adalah, Taman Rekreasi MADANI Bandar Baru Putra, Taman Rekreasi MADANI @SPPK Hala Pasir Puteh, Taman Rekreasi MADANI Chepor, serta Taman Rekreasi MADANI Kampung Sungai Rokam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut telah disalurkan kepada Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) pada tahun lalu sebagai inisiatif menaik taraf dan menambah taman-taman rekreasi terbabit.
Katanya, ia merupakan sebahagian daripada peruntukan RM100 juta KPKT dalam usaha membina 100 Taman Rekreasi MADANI di seluruh negara. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #TamanRekreasiMADANI