Pasangan kembar antara 759 pelajar baharu PSAS

TANJUNG MALIM – Minat mendalam terhadap bidang kejuruteraan mendorong Nur Ain Nabila Mohd Nizam dan pasangan kembarnya Nur Ain Nafisa, 18, melanjut pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdullah, Chenderong Balai itu merupakan antara 759 pelajar baharu yang mendaftar di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) bagi kemasukan Sesi I: 2025/2026 pada Ahad.

PSAS dalam satu kenyataan berkata, pasangan kembar berkenaan turut melakar sejarah tersendiri apabila kedua-duanya memilih untuk menuntut ilmu dalam bidang sama di institusi tersebut.

Katanya, kedua-dua mereka telah membuat tinjauan awal semasa di Tingkatan 5 di SMK Sultan Abdullah dan memilih Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di PSAS sebagai pilihan pertama mereka melalui sistem UPU.

Menurut Ain Nafisa, minatnya terhadap bidang kejuruteraan wujud apabila berada di sekolah menengah.

Pasangan kembar Nur Ain Nabila (kiri) dan adik kembarnya, Nur Ain Nafisa (kanan) bersama ibu dan bapa. Foto, PSAS.

“Bila kami lihat kursus Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) yang ditawarkan di PSAS, kami terus jadikan ia pilihan utama kerana kami tahu politeknik ini mempunyai kemudahan yang baik dan tenaga pengajar yang berpengalaman,” katanya.

Bagi Ain Nabila pula dia dan kembarnya menerima sokongan penuh daripada keluarga dengan pilihan yang dibuat mereka.

“Mak dan ayah sangat menyokong. Mereka selalu pesan, walaupun kami berdua belajar di tempat yang sama, masing-masing kena ada semangat dan motivasi sendiri untuk berjaya,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan sama memaklumkan dengan kemasukan 759 pelajar baharu untuk Sesi I: 2025/2026, PSAS menyaksikan peningkatan minat terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Katanya, ia melibatkan minat terhadap Program Perniagaan, Perakaunan, dan Jurusan Kejuruteraan Elektrik. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI