Sultan Ibrahim, Agong pertama lakukan Lawatan Negara ke Rusia

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat mengadakan Lawatan Negara ke Rusia pada 5 hingga 10 Ogos ini atas jemputan Presiden, Vladimir Putin.

Menurut kenyatan Istana Negara, baginda akan melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia yang pertama mengadakan Lawatan Negara ke negara tersebut sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada 1967.

“Lawatan ini turut melambangkan peranan institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara,” katanya.

Jelasnya, lawatan itu bukan sahaja akan memperkukuh hubungan dua hala sedia ada malah akan membuka ruang kerjasama baharu dalam pelbagal bidang, termasuk perdagangan, pendidikan tinggi, teknologi dan inovasi serta hubungan sesama rakyat.

Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia turut memainkan peranan signifikan mengeratkan kerjasama strategik dalam konteks Rusia sebagai Rakan Dialog ASEAN sejak 1996, ujarnya.

Tambah kenyataan itu, semasa berada di Moscow, baginda akan diterima Presiden Putin dalam satu Istiadat Sambutan Negara di Kremlin diikuti dengan pertemuan rasmi antara kedua-dua ketua negara.

Katanya, Sultan Ibrahim akan berangkat menghadiri Majlis Santapan Negara yang dihoskan Presiden Persekutuan Rusia.

Baginda turut berkenan untuk mencemar duli melawat Pusat Pembangunan Teknologi Automotif Rusia (NAMI) serta Hab Teknologi dan Inovasi Tochka Kipeniya.

Selesai lawatan ke Moscow, Sultan Ibrahim turut berkenan untuk berangkat mengadakan lawatan ke republik autonomi Rusia dengan majoriti penduduknya beragama Islam, Kazan di Republik Tatarstan pada 8 Ogos ini.

Di Kazan, baginda berkenan untuk menerima menghadap Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov dan berangkat mengadakan lawatan ke pusat pembuatan dan pemasangan helikopter. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI