SUV terbabas bawa penemuan kes curi kabel

GERIK – Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 29 Jalan Gerik – Kupang susulan penemuan kabel dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkaitan satu kemalangan melibatkan SUV jenis Perodua Aruz di kawasan tersebut sekitar jam 8.28 pagi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kenderaan tersebut dipercayai telah terbabas sendiri dan melanggar tembok jalan sehingga menyebabkan kereta tersebut terbalik.

“Siasatan lanjut mendapati tiada pemandu dan penumpang dalam kenderaan tersebut.

“Pemeriksaan menyeluruh yang ke atas kenderaan tersebut turut menemui beberapa kabel yang telah dipotong serta beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian kemalangan dan kecurian kabel ini diminta tampil membantu pihak polis bagi mengesan suspek yang terlibat.

“Pihak klinik dan hospital juga di mohon untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang mengalami kecederaan mencurigakan datang bagi mendapatkan rawatan kerana suspek dipercayai mengalami kecederaan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika disyaki curi kabel TNB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI